Saturday 18 January 2014

Pengantin Lelaki 71 Tahun Pengsan Tengok Bakal Isteri


Pengantin Lelaki 71 Tahun Pengsan Tengok Bakal Isteri
Seorang lelaki 71 tahun pengsan ketika diakad nikah malam kelmarin sebelum mengaku ia kerana beliau teruja sebaik terpandang wajah bakal isteri.

“Saya terkejut hingga pitam sebaik melihat wajah bakal isteri yang cantik selepas disolek pada majlis akad nikah.”




“Bagaimanapun, Alhamdulillah majlis itu selesai selepas saya berjaya melafazkan akad nikah kali ketiga,” kata penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Kemumin, di Kelantan, Idris Laboh, 71, yang bertemu jodoh dengan Rohani Lee Abdullah, 53, juga penghuni RSK .

Idris atau lebih dikenali sebagai Pak Yeh selamat diijabkabulkan dengan Rohani pada jam 5.30 petang kelmarin dan bersanding semalam serta diraikan 117 penghuni dan kakitangan RSK.

Lebih menarik, Rohani bertemu jodoh kali kedua di RSK selepas berkahwin dengan suaminya yang juga penghuni RSK pada 1994.

Bagaimanapun, pada 2004, suami pertama Rohani meninggal dunia sebelum bertemu jodoh dengan Idris .Idris yang berasal dari Kampung Pangkal Canggung, Machang, berkata, dia terpikat dengan Rohani selepas ditempatkan di rumah perlindungan itu pada November tahun lalu.


Read More

Wanita Sesak Nafas Alami Klimaks Tiga Jam..!!

Wanita Sesak Nafas Alami Klimaks Tiga Jam..!!


 Seorang wanita mengejutkan doktor di wad kecemasan sebuah hospital apabila mengalami kesesakan nafas teruk gara-gara klimaks berpanjangan selama tiga jam.


Doktor pada mulanya menyangka wanita dikenali sebagai Liz itu sedang sakit bersalin kerana melihat keadaannya yang sukar bernafas.


Liz dan teman lelakinya Eric membincangkan kejadian itu dalam rancangan baru TLC, ‘Sex Sent me to the ER’.


“Saya cuba melompat-lompat dengan harapan ia boleh menghentikan proses klimaks, namun gagal,” kata Liz.


Dia juga cuba mengambil sedikit wain namun selepas dua jam memutuskan untuk ke hospital.


Liz berhenti klimaks secara sendiri selepas sejam dipantau beberapa doktor.


Eric juga mengakui malu dengan kejadian itu.
Read More

Sedih! Kisah Benar Seorang Cikgu dan Pelajarnya

Sedih! Kisah Benar Seorang Cikgu dan Pelajarnya


Sedih! Kisah Benar Seorang Cikgu dan Pelajarnya | Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya

tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.
Read More

Mayat Isteri Zina Diserang Ribuan Lintah


Mayat Isteri Zina Diserang Ribuan Lintah | Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin! Seperti yang pernah penulis kisahkan tentang kecurangan isteri dan balasan yang diterima akibat perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas.
Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.

“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.

Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas En.Idris.

Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.

Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.

Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai  juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.

Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.

Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.

Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.

Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai  tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.

Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.

Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.

Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan  jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.

Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil  kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur” Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.

Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.

Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.

Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.

Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar.

Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak.

Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah.
Read More

PAKU UNTUK ANAk

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya berpunca dari satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.


"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mula menyedari adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. BAPANYA TELAH MEMIMPIN tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku.., tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

p/s : Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda....
Read More

SUDAH TERTULIS DI DALAM SURAH YASSIN TENTANG KISAH KAPAL TITANIC?

Sudah Tertulis Di Dalam Surah Yassin Tentang Kisah Kapal Titanic? | Kisah seperti ini memamng tidak mustahil, kerana Al Quran Merupakan kitab yang hebat dan salah satu Mukjizat Nabi Muhammad.

Siapa yang tidak tahu tentang kisah tragik kapal RMS Titanic tenggelam di tengah laut Atlantik Utara tahun 1912.
Ramai sedia maklum bahawa kapal gergasi yang paling mewah ketika itu tenggelam kerana melanggar bongkah ais gergasi. Dengan sedikit sahaja kebocoran, kapal Titanic yang dibina dalam masa 3 tahun itu tenggelam dalam masa 3 jam sahaja.



Ucaplah, SUBHANALLAH!
Tetapi para sarjana dan ilmuwan Islam terkemuka dunia yang mengkaji sejarah kapal itu menemui hasilnya yang amat mengejutkan. Baca balik Surah Yaasin ayat ke 41 hingga ayat ke 44 :


لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.

وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ
42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu [1269]. [1269] Maksudnya : binatang-binatang tunggangan, dan alat-alat pengangkutan umumnya.

وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ
43. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.

وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ
44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.
ALLAHUAKBAR!!
Dan mereka turut menyatakan bahawa maksud dari potongan itu bahawa berdasarkan kenyataan bongkak kapten kapal Titanic iaitu Kapten Edward J.Smith yang berkata :
''Tuhan sendiri tidak dapat menenggelamkan kapal ini. Dengan pengalaman lebih 40 tahun, tidak ada satu pelayaran di bawah saya pun yang pernah gagal saya kendalikan walau dalam apa jua keadaan laut yang menggila..''.

Kenyataan beliau itu cukup menunjukkan mereka telah lupa ada kuasa yang jauh lebih hebat iaitu Tuhan.

''Hasil'' dari kenyataan bongkak itu, Tuhan mentakdirkan kapal itu belayar hanya 3 hari saja dan lautan Atlantik Utara menjadi perkuburan besar bagi hampir 1500 orang ''mangsa'' Titanic.

SUBHANALLAH! SILA SHARE PADA KAWAN-KAWAN!
Read More

INFO - KEBENARAN ISLAM MENGENAI KUCING SEJAK BERIBU TAHUN YANG LALU

Info - Kebenaran Islam Mengenai Kucing Sejak Beribu Tahun Yang Lalu |



Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.


Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:


1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.


2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.


3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.


4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.




5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.


Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak beribu tahun yang lalu.

Wallahu’alam….
Read More

TANDA-TANDA SEBELUM KEMATIAN MENURUT ISLAM DAN ULAMA

Tanda-Tanda Sebelum Kematian Menurut Islam Dan Ulama | Tanda-tanda kematian menurut ulama adalah benar dan nyata, hanya amalan dan ketakwaan kita saja yang akan dapat membedakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan, masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hingga akhir hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehingga beliau mampu mempersiapkan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduk serta kafannya, hanya ketika sampai bahagian tubuh dan kepala saja beliau telah memanggil abangnya yaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertobat dan selalu siap dalam perjalanan menghadap Allah SWT.

Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir yaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.


Gambar Hiasan

Adapun tanda-tanda ini terdiri beberapa keadaan :

100 Hari Sebelum Hari Kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka-mereka yg dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sadar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil.

Contohnya seperti daging sapi/kambing yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sadar dan berdetak di hatinya bahwa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 Hari Sebelum Hari Kematian

Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu Asar. Bagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arash Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 Hari Sebelum Hari Kematian

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.

3 Hari Sebelum Hari Kematian

Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui/ dipahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian ujungnya akan berangsur-angsur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 Hari Sebelum Hari Kematian

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang yaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

BERSIAP SEDIALAH…..HARI ITU PASTI AKAN TIBA!! ..ADAKAH BEKAL KITA SUDAH MENCUKUPI..!????????

Wallahu a’lam
Read More

TANDA-TANDA KEHADIRAN MALAIKAT MAUT SEBELUM MENCABUT NYAWA

Tanda-Tanda Kehadiran Malaikat Maut Sebelum Mencabut Nyawa | Apakah aba-aba (tanda-tanda) tersebut? Teruskan baca artikel dibawah.

Sebahagian Para Nabi berkata kepada Malaikat pencabut Nyawa. "Tidakkah Kau memberikan Aba-aba atau peringatan kepada Manusia bahawa kau datang sebagai malaikat pencabut nyawa sehingga mereka akan lebih hati-hati?"

Malaikat itu menjawab. "Demi Allah, aku sudah memberikan aba-aba dan tanda-tandamu yang sangat banyak berupa penyakit, uban, kurang pendengaran, penglihatan mulai tidak jelas (terutama ketika sudah tua). Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya. Apabila setelah datang aba-aba tadi ia tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekalan yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya: "Bukan kah aku telah memberimu banyak aba-aba dan peringatan bahawa aku sebentar lagi akan datang? Ketahuilah, aku adalah peringatan terakhir, selepas ini tidak akan datang peringatan lainnya "(HR imam qurthubi)


Gambar Hiasan

Beginilah cara kerja Malaikat Maut

Nabi Ibrahim pernah bertanya kepada Malaikat maut yang mempunya dua mata diwajahnya dan dua lagi tengkuknya. "Wahai malaikat pencabut nyawa, apa yang kau lakukan seandainya ada dua orang yang meninggal diwaktu yang sama; yang satu berada di hujung timur yang satu berada di hujung barat, serta ditempat lain tersebar penyakit yang mematikan dan dua ekor bintang melata pun akan mati?"

Malaikat pencabut nyawa berkata: "Aku akan panggil ruh-ruh tersebut, dengan izin Allah, sehingga semuanya berada di antara dua jariku, Bumi ini aku bentangkan kemudian aku biarkan seperti sebuah bejana besar dan boleh mengambil yang mana saja sekehendak hatiku" (HR abu Nu ' aim)

Ternyata Orang Mati Mendengar Tapi Tidak Boleh Menjawab

Rasullullah SAW memerintahkan agar mayat-mayat orang kafir yang tewas pada perang badar dilemparkan ke sebuah perigi tua. Kemudian beliau mendatanginya dan berdiri di hadapannya. Setelah itu, beliau memanggil nama mereka satu-satu: "Wahai fulan bin fulan, fulan bin fulan, apakah kamu mendapatkan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu untuk kaliab betul-betul ada? Ketahuilah sesungguhnya aku mendapatkan apa yang dijanjikan Tuhanku itu benar-benar ada dan terbukti. "

Umar lalu bertanya kepada Rasulullah. "Wahai Rasul, mengapa engkau mengajak bicara orang-orang yang sudah menjadi mayat?"

Rasulullah menjawab. "Demi Tuhan yang mengutusku dengan kebenaran, kamu memang tidak mendengar jawapan mereka atas apa yang tadi aku ucapkan, Tapi ketahuilah, mereka mendengarnya, hanya saja tidak dapat menjawab" (HR Bukhari Muslim)
Read More

Merana Seumur Hidup Kerana Gugurkan Janin Sebanyak 4 Kali!

Merana Seumur Hidup Kerana Gugurkan Janin Sebanyak 4 Kali! | DI sebuah bilik yang gelap-gelita saya terkapai-kapai sendirian. Saya cuba mencari-cari arah keluar daripada kegelapan malam itu. Puas mencari akhirnya saya terpandang kilauan cahaya yang datang dari sebuah katil bujang berwarna putih bersih.

Saya hampiri cahaya itu namun langkah saya terhenti kerana di hadapan saya ada seorang wanita sedang bermandikan darah duduk sambil melunjurkan kedua-dua belah kakinya. Wanita itu meratap sesuatu lantas saya tertanya-tanya.Saya cuba memanggil, malangnya jeritan Saya tidak dihirau oleh wanita itu. Dia terus duduk sambil memerhatikan sesuatu yang berwarna kemerah-merahan.

Tiba-tiba suara tangisan wanita itu bergema memenuhi segenap ruang bilik. Saya perhatikan gerak-gerinya, dia memegang sesuatu yang janggal bentuknya. Saya perhatikan lagi, ketulan apakah yang sedang dipegang wanita itu, daging yang berkepala, ada jari-jemari yang halus dan lebih mengejutkan, daging itu juga seolah-olah berkaki.


Gambar Hiasan

Hati saya terus berperang, siapakah dia? Dan kenapa wanita ini berkeadaan seperti itu. Menakutkan! Saya dengar wanita itu menangis lagi kemudian meneran kesakitan.

Arrrrrggghhhh!!! Arggggghhhhhh!!!

Suaranya semakin membingit telinga ini. Berketul-ketul daging Sebesar penumbuk tersembul keluar dari celahan kangkangnya. Saya tersentak, kenapa dengan wanita ini? Sakitkah dia? Keadaannya sungguh sengsara bagai menanti saat-saat untuk mati.

Saya termuntah bila melihat wanita itu menarik satu persatu daging yang keluar daripada alat sulitnya. Macam-macam bentuk dan rupa yang keluar. Ada yang berkepala, tetapi tidak berlengan. Ada yang berkaki tetapi kepalanya terputus. Mengerikan. sungguh!

Wanita itu meratap lagi, saya turut mengalirkan air mata melihatnya sedang bertarung dengan maut. Saya mesti membantunya, keluarkan dia segera daripada kesengsaraan itu. Lalu kaki ini cuba melangkah merapati tubuh yang penuh sengsara itu.
Tetapi saya tidak mampu berganjak. Saya cuba gerakkan tangan, mahu saya capai tubuhnya. Pun demikian hajat ini tidak kesampaian. Saya tatap wajah wanita itu, rambutnya yang panjang menutupi muka membuatkan saya sukar melihat wajahnya.
Saya menjerit sekuat hati memanggilnya. Wanita tersebut langsung tidak ambil peduli.

"Hei kamu!!!" laung saya.

Peliknya wanita itu tidak sekali-kali mahu berpaling, dia masih menarik-narik daging merah yang mengerikan. Sambil menangis ketulan-ketulan itu dicampaknya. Katil yang putih itu disimbahi darah pekat, baunya yang meloyakan menusuk-nusuk hulu hati ini.

Ketika dia berpaling, saya tatap wajahnya. Wajahnya mirip saya. Rambutnya, lengannya dan bentuk tubuhnya serupa tubuh saya. Saya tertanya-tanya sendirian, kenapa saya berada di atas katil itu? Kenapa darah-darah merah itu membasahi tubuh saya? Dan kenapa daging-daging merah itu keluar dari rahim saya?

Saya cuba menarik wanita yang persis saya itu. Tapi saya tidak dapat selamatkan diri sendiri dan di saat itu tanpa disedari air mata saya mengalir. Saya menangis dan terus menangis menyaksikan diri sendiri dalam keadaan yang sungguh mengerikan.

"Tolonggggg! ! ! Tolonggggg! ! !" jerit saya cuba meminta orang datang membantu. Tapi tiada. Tiada, seorang pun yang saya lihat di dalam bilik kecil. itu. Hanya saya dan wanita yang wajahnya mirip saya yang berada di atas katil. Saya meronta-ronta, dan...

Tiba-tiba saya tersentak. Tubuh saya basah, bukan basah kerana darah, tapi peluh. Mimpi! Ah... rupa-rupanya saya bermimpi. Mimpi itu sungguh ngeri sekali.

Sepanjang malam saya menangis, takut menyelubungi seluruh inci dan ruang diri ini. Saya tidak mahu apa yang saya lihat sebentar tadi akan menjadi kenyataan. Saya takut...

Saya tidak mahu diri saya ini disakiti seperti mimpi tadi. Bukan saya yang melakukan semua itu. Bukan! Gadis-gadis muda di luar itulah yang menggugurkannya. Mereka yang bunuh janin sendiri, bukan saya. Tetapi... siapa yang melakukannya? Siapa yang menarik janin-janin itu keluar dari rahim mereka?

Saya gamam, sekali lagi perasaan takut menyelubungi diri ini. Lalu saya renung jari-jemari ini. Saya... sayalah orangnya. Sayalah yang membantu gadis-gadis itu menggugurkan bayi mereka.

Perasaan bersalah mula bersarang dalam jiwa. Saya benar-benar rasa diri ini terlalu keji atas apa yang telah dilakukanselama ini. Saya pembunuh! pembunuh!

Daging-daging kecil yang saya keluarkan dari rahim sendiri itu adalah sebahagian daripada janin-janin yang saya buang dahulu. Bukan milik saya tapi nyawa-nyawa yang tidak bersalah itu kepunyaan gadis-gadis yang datang menagih bantuan untuk membunuh anak dalam kandungan mereka.

Ya... saya bersalah! Memang sayalah yang bersalah kerana bersubahat melakukan perbuatan keji itu. Saya kejam terhadap insan yang bernama wanita. Sepatutnya saya bantu mereka, mereka kaum yang lemah sama seperti saya tapi kerana wang saya sanggup meracuni fikiran mereka. Saya suruh mereka bunuh nyawa yang tidak berdosa itu.

Saya gunakan kepakaran yang ada pada jalan yang salah, yang merosakkan gadis-gadis muda dan mentah. Betapa berdosanya saya...

Mengenang apa yang telah saya lakukan selama hampir tiga tahun, air mata saya mengalir deras. Di atas katil saya terus menangis. Saya kesal dengan yang saya lakukan selama ini. Dan saat itu wajah Azimah datang menari-nari di ruang fikiran ini. Antara ratusan gadis yang pernah datang menggugurkan janin mereka, Azimahlah yang paling saya ingat kerana gadis ini kerap datang ke klinik. Saya berdosa padanya, saya paksa gadis itu mengugurkan kandungannya.

Kata saya; "Kamu mahu bayi ini atau tidak?"

Azimah menggeleng. Wajahnya tiada langsung perasaan sedih.

"Nah... kalau begitu gugurkan saja.

Saya yakinkan gadis itu bahawa segala urusan akan selamat dan selesai, hanya mengambil masa dua jam saja. Setelah gadis itu menandatangani Surat perjanjian, saya mulakan tugas.

Jari-jemari inilah yang membius tubuh Azimah dan saya bersama doktor telah bekerjasama membunuh janin itu serta menariknya keluar dari rahim.

Sejak itu Azimah sering keluar masuk klinik. Bukan sekali, tetapi empat kali berturut-turut wanita itu datang bertemu saya. Ini bermakna empat kali juga hidup gadis ini dijahanamkan oleh kekasihnya yang lepas tangan.

Belum ada gadis yang seberani Azimah. Kalau ada pun hanya sekali dua yang datang. Tidak seperti Azimah yang empat kali menggugurkan janinnya.

Pada kali kedua Azimah datang ke klinik saya mula bertanya bagaimana dia boleh terlanjur? Dia memberitahu semua itu gara-gara tinggal sebumbung dengan kekasihnya, Haris. Lelaki itulah yang menyuruhnya menggugurkan janin tersebut. Kalau tidak, dia akan tinggalkan Azimah.

Hanya dua kali saya melihat lelaki itu datang bersama Azimah sewaktu kali pertama pasangan ini menggugurkan bayi mereka. Selepas bayi itu digugurkan, Azimah tinggal serumah dengan Haris lagi.

Kali ketiga Azimah datang, saya tanya mana Haris? Gadis itu diam. Apabila saya tanya, tidak sayangkah pada bayi dalam kandungannya itu. Azimah geleng kepala.

Dan setelah doktor berjaya menggugurkan bayinya barulah Azimah ceritakan apa sebenarnya yang telah berlaku. Kata Azimah, Haris salahkan dirinya kerana mengandungkan benihnya itu. Malah Haris juga hayunkan tangannya ke tubuh Azimah.
Kata wanita itu lagi, Haris marah kerana dia tidak berduit untuk menanggung perbelanjaan menggugurkan bayi. Jadi beberapa kali dia menumbuk perut Azimah, namun bayi itu terus membesar.

Mahu tidak mahu Azimah pinjam duit daripada kawan-kawan sepejabat. Cukup RM600 Azimah ke klinik dan sayalah yang menguruskan segala-galanya.

Saya simpati melihat Azimah yang datang dengan bibir pecah dan badan lebam sana sini. Saya nasihatkan gadis ini agar tinggalkan sahaja lelaki kejam dan jahanam itu. Kenapa mesti biarkan diri diperlakukan seperti binatang!

Azimah mengangguk. Dia berjanji mahu mulakan hidup baru tanpa Haris. Saya yang mendengarnya gembira. Saya berdoa agar gadis ini benar-benar sedar dan mengubah haluan hidupnya. Tapi kata-kata Azimah dusta semata-mata. Azimah terus hidup dalam pelukan lelaki kejam itu dan buat kali yang keempat, dia mengandung lagi.

Saya terkejut bila melihat gadis ini datang dengan tubuh yang kurus cengkung. Saya jelaskan pada Azimah kesan dan akibatnya;

"Jangan gugurkan lagi, bahaya."

Tapi Azimah menangis, merayu-rayu tetap mahu buang anak dalam perutnya itu. Katanya jika anak itu tidak digugurkan dia akan dibuang kerja dan sudah pasti masa depannya gelap-gelita. Azimah tidak mahu mengecewakan emak dan ayahnya di kampung. Dia juga tidak mahu Haris meninggalkannya terkontang-kanting.

Akhirnya saya terpaksa akur dengan keputusan Azimah. Saya bius gadis ini dan doktor yang bertugaslah yang menarik janin berusia tiga bulan itu keluar. Ketika Azimah sedar daripada pengsan, saya serahkan janin itu kepadanya. Saya tahu sebagai seorang yang beragama Islam mereka sepatutnya mengebumikan mayat itu.

Meskipun saya beragama Kristian, saya masih menghormati pesakit beragama Islam. Saya tahu sedangkan binatang pun harus dikebumikan dengan cara yang baik inikan pula anak yang digugurkan.

Tapi seperti sebelum ini Azimah menolaknya. Dia menggeletar bila saya berikan bungkusan berisi mayat janinnya.

"Buang saja. Saya tidak mahu," ucapnya terketar-ketar.

Lalu saya campak saja mayat kecil itu ke dalam tong sampah. Bukan hak saya, jadi tidak perlulah saya menguruskannya.

Seperti biasa pada setiap petang puluhan bungkusan janin yang kami gugurkan akan dicampakkan ke dalam sebuah tong besar di lorong kecil belakang klinik.

Maka, anjing-anjing liar sekitar Bandar Raya Kota Kinabalu pun berpesta. Daging-daging itu akan menjadi santapan mereka. Daging berkepala kecil dan berjari halus itu dicarik-carik sebelum diratah berekor-ekor anjing yang ganas.

Saya menyaksikan sendiri bagaimana anjing-anjing liar menanti bungkusan berisi daging manusia kecil itu dihumban ke dalam tong sampah sebelum mereka menyelongkar dan memakannya.

Memang sayalah yang bersalah. Saya bersalah pada kaum Hawa. Saya kejam, sama seperti lelaki yang merosakkan hidup gadis-gadis mentah itu.

Pada siapa perlu saya memohon maaf? Pada gadis-gadis yang pernah datang menggugurkan anak? Atau pada Azimah yang kini hidup terumbang-ambing tanpa arah?

Saya takut sebaik sahaja mengenang apa yang telah saya lakukan. Saya takut mimpi buruk itu akan berulang. Saya tidak mahu melihat diri ini berdarah dan menarik-narik daging yang jijik itu lagi.

Lalu saya ambil keputusan untuk meniggalkan alam pekerjaan itu. Saya tidak sanggup melihat lebih ramai lagi gadis yang menjadi mangsa kekejaman lelaki, datang meminta saya menggugurkan bayi mereka. Saya tidak mahu bersubahat.

Saya juga tidak mahu lebih ramai gadis seperti Azimah yang kecundang di tangan lelaki kejam yang berhati binatang!

Cukuplah Azimah seorang yang menderita kerana saya mendapat tahu kini gadis itu hidup sengsara kerana lumpuh separuh badan akibat kerap kali menjalani pengguguran.

Seperti yang saya katakan tadi, kami sudah memberi amaran pada Azimah tentang akibat buruk itu kalau dia menggugurkan janinnya buat kali keempat, tapi dia tidak pedulikan. Azimah lebih sayangkah Haris berbanding nyawa dan kesihatannya sendiri. Ternyata amaran kami itu benar-benar menjadi kenyataan.

Kini di atas kerusi roda, Azimah menghabiskan sisa-sisa hidupnya yang masih jauh dan panjang. Haris? Lelaki yang telah menjahanamkan hidupnya itu entah ke mana menghilang.

Dalam keadaan Azimah memerlukan sokongan dan kasih sayang, Haris lenyap tanpa dapat dikesan. Lelaki itu kejam! Dayus! Lelaki seperti Haris tidak layak hidup di muka bumi ini!

Berapa ramai lagi lelaki haprak di luar sana akan merosakkan masa depan gadis-gadis seperti Azimah? Memikirkan semua itu jiwa saya jadi tidak tenteram.

********************************

Saya dalam cerita di atas adalah Juliana. Sekarang beliau bertugas di salah sebuah hospital kerajaan di Sabah. Juliana menceritakan pengalamannya itu kepada wartawan Mastika baru-baru ini.
Read More

BELIKAN IBU DAGING ULAR UNTUK BERBUKA PUASA



Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceitakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini. Sekitar awal 90an, seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan, dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria. Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.

Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati. Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya. Dia seorang yang nakal dan liar. Tidak mengerjakan solat dan berpuasa. Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa, lelaki itu sedang tidur. Dia tak mahu pergi ke pasar. Berulang kali disuruh sang ibu, dia tetap berdegil. Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa, dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk ibunya memasak. Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.


GAMBAR HIASAN

Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba tiba dia menangis lagi. Meraung bagaikan dirasuk syaitan. Dalam sedu tangisnya dia bertanya, ”Ustaz tahu daging apa yang saya beli?”, Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu.” Daging apa?” tanya ustaz kembali. ”Saya beli daging babi ustaz!, saya berdosa Ustaz” jawab pemuda itu. Ustaz tergaman tidak terkata. Masya Allah hanya itu saja yang mampu diungkapkan.

Lelaki 30 an meneruskan cerita. Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa ceritanya lagi. Saya bagi tau ibu, saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup. Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor. Ya Allah besarnya dosa saya ustaz.

Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia. Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat. Tetapi setiap kali tibanya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan, pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular. Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa-dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.

Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali. Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi.

Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi bahawa malaikat berdoa, laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua. Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja. Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua.

Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran.
Read More

Susu Meleleh Keluar Dari Mulut Kerana Di Sumpah Ibu


Susu Meleleh Keluar Dari Mulut Kerana Di Sumpah Ibu | “Kalau betul engkau anak kandung aku, minum susu dari badan aku…aku sumpah akan keluar balik susu dari mulut engkau!”


Itulah kata-kata sumpahan yang ditujukan ibu kepada saya. Sejak hari itulah saya jatuh sakit. Susu sentiasa meleleh dari mulut saya tanpa henti.Tubuh saya yang dahulunya agak comel jadi kurus melidi tak ubah seperti mayat hidup. Saya terbaring dan menyesali perbuatan lampau saya terhadap ibu.



Tetapi sejahat mana pun seorang anak, ibu tetap mengambil berat sewaktu saya terlantar. Ibu juga risau melihat keadaan saya, hari demi hari semakin teruk.

Ibu serba salah dan tidak tahu apa yang patut dilakukan untuk membantu saya. Ibu juga memberitahu saya, menyesal menyumpah saya. Ibu tidak menyangka begitu kuat sumpahan seorang ibu.
Waktu itu hanya tuhan yang tahu betapa seksanya termakan sumpah seorang ibu. Sebulan saya merana kerana sakit. Sebulan itu juga saya tidak makan nasi.Saya langsung tidak ada selera untuk makan nasi. Biarlah saya lapar begini daripada merana seperti ini. Setiap saat, susu sentiasa mengalir dari mulut saya tanpa mengira masa.

Saya masih ingat , kejadian itu berlaku ketika tiga orang rakan saya datang ke rumah. Sambil berborak, ibu bertanya kepada mereka. “Kamu ni kerja apa?” Tanya ibu kepada rakan-rakan saya.

“Kami semua kerja kilang kat hujung kampung ni mak cik,’ jawab tiga rakan saya. Ibu terdiam lalu pergi keruang tamu dan duduk di kerusi. Saya buat tidak kisah dengan fiil ibu dan terus ke dapur membuat air untuk di hidang. Waktu itu saya masih ingat saya buat air Milo panas.

Sebaik siap , saya bawa air di dalam teko itu keruang tamu. Tapi, belum sempat meletakkannya di atas meja, ibu terus mengherdik saya.

“Kalau hari-hari engkau hidang air bagi orang makan percuma larilah perbelanjaan kita! Dah, hentikan. Simpan balik air tu!” herdik ibu kepada saya.

Saya merasa malu. Kawan saya semua terdiam kerana merasa terkejut dengan sikap ibu. Saya beritahu ibu supaya jangan berbuat begitu di depan kawan-kawan. Malu!

Sepatutnya ibu harus bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya di beri rezeki melimpah-ruah dan kami sekeluarga tidak lagi perlu kais pagi makan pagi.

Saya tidak setuju dengan perangai ibu menghina orang miskin. Sebaliknya rakan-rakan yang setaraf atau lebih kaya dari kami dilayannya seperti raja. Mereka diajak datang kerumah dan dihidangkan dengan pelbagai makanan sedap-sedap. Saya betul-betul malu dan terkilan dengan sikap buruk ibu.

Saya ingatkan ibu, dulunya kami sekeluarga pun susah seperti mereka juga. Setelah hidup senang, kita herdik-herdik mereka. Apa perasaan mereka apabila ibu buat begitu?

“Ah! Kau apa tau? Bukan kau yang cari duit ! Aku ni yang susah payah cari duit siang malam, kau senang-senang saja nak menghabiskan!” tambah ibu lagi.

Ketika itu saya seperti orang hilang akal. Saya tidak dapat terima cara ibu memarahi saya di depan kawan-kawan. Tidak semena-mena tangan saya yang sedang memegang teko air Milo panas dihayun lalu tersimbah ke muka ibu.

Ibu melolong-lolong menjerit kesakitan terkena simbahan air Milo panas. Saya mula menyinga. Kawan-kawan terkejut dengan tindakan saya dan cuba menenangkan saya. Tetapi ketika itu saya bagai dirasuk syaitan. Tanpa sedar, saya terus berlari ke dapur mengambil sebilah pisau pemotong sayur.

Sekali lagi kawan dan ayah saya menahan perbuatan saya. Mereka memegang saya dengan sekuat hati. Ibu berlari dan keluar ke pintu depan rumah takut ditetak pisau di tangan saya. Ibu berdiri tercegat di situ. Saya pula terjerit-jerit seperti terkena hysteria.

Disinilah bermulanya episod duka dalam sejarah hidup saya apabila ayat ini terpancul dari mulut ibu.

“Kalau engkau betul anak kandung aku, minum susu dari badan aku, aku sumpah akan keluar balik susu dari mulut engkau!”

Selepas keadaan reda sedikit, rakan-rakan balik rumah. Tiga hari selepas kejadian itu, saya terus jatuh sakit. Saya di serang demam teruk. Ayah bersusah payah menjaga saya. Ibu hanya buat-buat tidak tahu sahaja. Mungkin ibu masih lagi geram dan marah dengan tindakan saya. Ketika itulah berlaku satu kejadian pelik yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini.

Tiba-tiba air susu berwarna putih dan berbau busuk mula meleleh dari mulut saya tanpa henti. Air susu masam itu jatuh membasahi dagu saya setiap detik tanpa henti.

Ayah juga merasa hairan melihat susu aneh tiba-tiba meleleh dari mulut saya. Setiap kali dikesat, air susu itu meleleh lagi tanpa henti. Ibu pula masih tidak endahkan saya.
Keesokan harinya saya masih lagi demam dan susu masih lagi mengalir. Kali ini lebih teruk. Ayah membawa saya ke sebuah klinik.Anehnya selepas diperiksa, doktor juga mengatakan hairan, mengapa susu masam itu meleleh dari mulut saya. Doktor pun tidak dapat menjelaskan punca dan sebab saya mengalami penyakit aneh ini. Doktor juga mengatakan tiada ubat untuk merawat penyakit yang saya alami ini.

Ayah bawa pula saya ke hospital besar di Bandar. Keputusannya tetap sama juga apabila doktor tidak dapat mengenal pasti punca penyakit saya. Jadi saya dibawa pulang semula dan terbaring siang malam. Selama sebulan saya terlantar ibu mulai risau dengan keadaan saya yang semakin kurus ini. Ibu beberapa kali meminta maaf kepada saya kerana tidak menyangka kata-kata yang dilafazkannya betul-betul menjadi kenyataan.

Akhirnya ibu sendiri pergi berjumpa dengan seorang ustaz di kampong saya. Ustaz ini memang dikenali ramai kerana kealiman dan kehebatan ilmunya. Ibu membawa ustaz ini berjumpa saya di rumah. Apabila ustaz melihat keadaan saya, beliau terus menggeleng-gelengkan kepala.

“Ada tak apa-apa yang ibu kamu buat sebelum terkena penyakit ini?” Tanya ustaz itu. Ayah lalu menceritakan tentang perbuatan saya menyimbah air panas ke muka ibu. Selepas itu, ibu terus mengeluarkan kata-kata sumpahan tentang air susu yang pernah di minum ketika saya masih bayi.

Sekali lagi ustaz itu menggeleng-gelengkan kepalanya. Ustaz itu dalam nada perlahan memberitahu saya terkena sumpahan ibu. Ustaz itu lalu mengajak ibu dan ayah saya ke dapur.

Ustaz itu menerangkan penyakit saya tidak ada ubatnya kecuali meminum air bekas celupan tapak tangan dan tapak kaki ibu. Ustaz itu menyuruh ibu membasah kedua-dua tangannya di dalam baldi diikuti kedua-dua belah kakinya seperti orang mengambil wuduk.

Ustaz itu menerangkan penyakit saya tidak ada ubatnya kecuali meminum air bekas celupan tapak tangan dan tapak kaki ibu. Setelah selesai, ustaz itu menyuruh ibu meludah di dalam baldi itu sebanyak tiga kali. Kemudiannya air ludah di dalam baldi itu disimpan di dalam sebuah bekas khas. Utaz itu berpesan kepada ibu supaya memberi air ludah itu untuk diminum oleh saya dan selebihnya disapu di ubun-ubun kepala saya sehingga habis.

Selepas ibu memberi minum dan menyapu air ludah itu di kepala, pada masa itu juga saya terus merasa lapar dan meminta nasi untuk dimakan. Selera saya yang tersekat selama sebulan lebih datang kembali. Mujarab sungguh cara rawatan ustaz ini. Serta merta air susu masam yang meleleh sejak sebulan lalu berhenti mengalir.

Saya mencium kaki ibu. Saya menangis. Saya menyesal berdosa kepada ibu. Ibu memberitahu sejak kejadian, ibu telah memafkan perbuatan saya. Ibu memeluk saya dan kami bertangis-tangisan di depan ustaz. Ustaz itu membacakan doa dan menasihati ibu supaya tidak mengeluarkan kata-kata sumpahan terhadap anak. Ustaz itu mengingatkan bahawa sumpahan seorang ibu amat ampuh dan berkesan terhadap seorang anak. Akibatnya sangat buruk dan tiada penawarnya kecuali anak itu diberi ampun selain meminum air kaki dan tangan ibunya dengan ikhlas dan redha.

Sejak hari itu, saya tidak lagi meninggikan suara kepada ibu. Ibu juga sedar kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini. Yang paling penting, ibu tidak lagi sesombong dahulu! Ibu juga tidak kedekut dan suka menghina orang susah.

Saya ingin berpesan kepada pembaca, jangan sesekali bertindak biadab terhadap ibu biar sejahat mana sekalipun ibu kita. Saya sudah merasai betapa sengsara, merana dan terasa ajal hendak tercabut akibat disumpah ibu. Ingat, sumpahan seorang ibu itu adalah benar kerana ianya telah benar-benar menimpa keatas diri saya sendiri.

‘Saya’ dalam artikel ini adalah Roseyatimah bt Ahmad, berasal dari Sabah. Kejadian berlaku ketika beliau berusia di awal remaja. Kini beliau telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Walaupun berjauhan, Rose tetap sayang dan menghormati ibunya.
Read More

Friday 17 January 2014

Tanda-tanda Dalam Badan Anda Ada Jin


Tanda-tanda Dalam Badan Anda Ada Jin | Assalamualaikum, rasanya ramai di antara kawan – kawan kita yang tak ambil peduli pasal jin, betul tak?. Kawan-kawan jenis itu biasanya memandang remeh jika ada orang yang mendakwa mereka terkena gangguan jin atau buatan sihir manusia. Mereka rasa orang yang seperti itu adalah lekeh kerana tidak kuat iman.



Itu kata kawan-kawan yang ‘kebal jin’. Setiap kali berbincang tentang buatan orang atau rasukan jin, mereka hanya ketawa sinis dan memandang rendah pada golongan yang hidup asyik salahkan jin.

Bagi mereka yang berpengalaman terkena rasukan jin atau buatan sihir orang sudah tentu akan marah dengan sikap seperti itu. Tak kena tak apalah, nanti bila kena baru tahu!. Namun begitu, yang peliknya mereka ini tidak pernah kena lansung hal-hal seperti itu.

Jika kawasan yang orang kata ‘keras’, mereka hanya selamba buat apa-apa saja tanpa rasa takut dan tidak mendatangkan kesan sedikit pun pada kehidupan dan juga kesihatan mereka. Memang mereka punya genetik tertentu yang sukar untuk jin masuk ke dalam darah.

Persamaan jin dengan orang gila

Saya pernah berbincang dengan mereka bahawa terkena rasukan atau gangguan jin bukan bermakna tidak kuat pegangan iman. Ia seumpama terkena pukulan kayu yang kuat dari belakang yang dilakukan oleh orang gila. Nak marah, orang yang memukul itu gila, dan dia buat apa yang dia suka.

Untuk megelak perkara sedemikian berlaku, maka kita berhati-hati apabila melihat adanya orang gila. Ini di sebabkan samada gila atau tidak gila, hentakan kayu yang dibuat mereka mengenai badan kita tetap sakit dan membuatkan kita merana.

Begitulah juga dengan jin. Nas-nas sahih ada tentang kewujudan mereka. Menolak wujudnya Jin sama dengan menolak kewujudan orang gila. Jika kita berhati-hati dengan orang gila, maka kita juga perlu berhati-hati dengan jin. Itu bukan bermakna iman tak kuat. Ia tidak ada kena mengena dengan tahap kepercayaan, ia sekadar usaha menjauhkan diri dari bahaya.

Simptom kena jin

Baguslah jika anda termasuk dalam golongan yang kebal jin. Tapi bagi mereka yang tidak kebal jin sila baca satu persatu simptom yang disenaraikan di bawah. Jika anda sering mengalami masalah-masalh yang tersebut, ada kemungkinan jin menumpang duduk di dalam badan anda.

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

# Adakah anda mempunyai tanda – tanda seperti di atas?
Read More

Cara Mudah Untuk Menggoda Lelaki

Cara Mudah Untuk Menggoda Lelaki | Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian, Terdapat pelbagai petua untuk menambat hati insan tersayang. Bagi kaum wanita, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan suami atau teman lelaki tetap setia di sisi. Di sini diperturunkan 25 sifat yang perlu ada pada wanita supaya kaum lelaki tetap setia walaupun seribu godaan menanti mereka.


Kesemua petua ini tidak sukar untuk dipraktikkan kerana apa yang perlu anda lakukan hanyalah menonjolkan perkara positif yang ada pada diri anda supaya si dia menyedari kehadiran anda di sisinya. Ingat setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.


1. Bentuk tubuh yang menarik

Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.


2. Aset-aset lain
Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.


3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara.
Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda 'tidak sihat' pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.


4. Lemah lembut.
Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.


5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda.

Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.


6. Penampilan yang sederhana.
Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.


7. Jangan perasan
Walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.


8. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian.

Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran 'manja' yang anda miliki.


9. Bijak menyesuaikan diri.

Menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.


10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia.

Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.


11. Matang apabila bersama dengannya.

Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.


12. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain.

Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.


13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah.

Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.


14. Jadilah pendengar yang setia.

Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.


15. Pandai membelai.

Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.


16. Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki.

Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.


17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami.

Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.


18. Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia.

Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.


19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas.

Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.


20. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda.
Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.


21. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia.

Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.


22. Belajar menghormatinya.

Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.


23. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna.

Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.


24. Belajarlah memasak.

Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.


25. Berpendidikan.

Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.

Read More

Thursday 16 January 2014

Otak Ditemui Dalam Sos Tomato


Otak Ditemui Dalam Sos Tomato | Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian., Seorang ibu kepada tiga anak yang berasal dari Worcester, Britain terkejut selepas menemui ‘otak’ di dalam sos tomato ketika sedang menyediakan hidangan untuk keluarganya.


Objek pelik ini ditemui pada permukaan bawah bekas sos tomato terbabit.
Jullen Marter, 47, mendakwa ketulan objek pelik yang berukuran garis pusat 10 sentimeter itu ditemui terapung pada permukaan bawah bekas sos terbabit.

“Ia kelihatan seperti otak dan turut menyebabkan sos yang sepatutnya berwarna merah bertukar kehitaman,” katanya lagi.

Susulan daripada penemuan mengerikan itu, Marter bertindak membuat aduan di bahagian talian khidmat pelanggan produk tersebut, namun ditertawakan oleh pekerja terbabit, laporan dipetik dari DailyMail.

Read More

Amalan Yang Boleh Menyebabkan Otak Menjadi Rosak


Amalan Yang Boleh Menyebabkan Otak Menjadi Rosak | Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian, Dalam banyak perkara kadang-kadang kita terlupa akan beberapa amalan yang sememangnya kita ambil mudah. Ini termasuklah amalan harian yang sering kita lakukan.

Namun sedar atau tidak, di sebalik amalan tersebut juga sebenarnya ada amalan “bahaya” yang kita tidak sedari. Sehingga pada satu tahap amalan tersebut mendatangkan mudarat kepada kesihatan kita. Otak kita boleh rosak oleh bebrapa faktor, disini saya ingin dikongsikan 9 penyebab otak menjadi rosak.



1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.


3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.


4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.


5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.


8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.


9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.


Jagalah kesihatan otak anda, otak adalah merupakan bahagian paling penting dibandingkan bahagian tubuh yang lain.
Read More

Tanda - tanda Awal Kanser Yang Perlu Anda Tahu



Tanda - tanda Awal Kanser Yang Perlu Anda Tahu | Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian, Sebenarnya. dari peringkat awal kanser menyerang tubuh kita, tanda-tanda penyakit ini sudah ada tetapi kita sering mengandaikan yang tanda-tanda itu sebagai 'Tidak apa-apa', cuma sakit biasa sahaja. Kita pun mengambil langkah 'bijak' kita sendiri iaitu menelan panadol atau membeli ubat di farmasi. Disini saya ingin kongsikan tanda-tanda awal penyakit kanser pada anda.


Kanser darah (leukemia) – pucat, letih,mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infleksi).
Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelam dan kelenjar membengkak di leher.
Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
Kanser otak – sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen(perut), hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersanggama, ketumbuhan bulu rambut yang melampau, suara menjadi lebih mendalam.
Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan, atau pendarahan yang luar biasa, sakit selepas bersanggama dan turun berat badan.
Kanser payu dara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
Kanser usus besar – perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air besar.
Semoga bermanfaat pada semua :)
Read More

Lelaki Ini Mempunyai Hidung Di Dahi


Lelaki Ini Mempunyai Hidung Di Dahi | Assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian, Memang sesuatu yang agak pelik apabila kita melihat seseorang itu mempunyai di bahagian dahi. Persoalannya apa yang terjadi sebenarnya? difahamkan, seorang pemuda 22 tahun telah kehilangan hidungnya semasa kemalangan dashyat tahun lepas. Jadi doktor pakar telah mendapat satu idea dengan menghasilkan satu lagi hidung di atas dahinya sebagai alternatif.



Selepas 9 bulan, hidung itu telah tumbuh dan ianya akan dipindahkan untuk mengganti hidung yang sedia ada. Boleh lihat gambar di bawah ini.



Read More

Manusia Pertama Yang Hidup Tanpa Jantung

Manusia Pertama Yang Hidup Tanpa Jantung | Craig Lewis, 55 , Orang pertama yang menggunakan pam ‘ aliran berterusan ‘ untuk menggantikan fungsi jantung. Tetapi dua orang doktor dari Texas Heart Institute mencadangkan penyelesaian baru yang revolusioner , yakni memasang peranti yang akan membolehkan darah beredar dalam tubuhnya tanpa denyutan jantung.

Dr Billy Cohn dan Dr Bud Frazier kemudian memasang peranti tersebut setelah mengeluarkan jantung Lewis . Dan dalam masa beberapa hari, pesakit sudah boleh bangun dan bercakap dengan doktor .

Kedua-dua doktor tersebut sebelumnya telah menguji alat ini pada hampir 50 anak lembu . Dimana mereka mengeluarkan hati binatang tersebut , dan pada hari berikutnya lembu – lembu itu berlaku normal seperti makan , tidur, dan bergerak. Namun kali ini, tanpa jantung yang mengepam darah ke tubuh mereka.

“Jika anda mendengar dada ( lembu ) dengan stetoskop, maka anda tidak akan mendengar degupan jantung, ” kata Dr Cohn kepada NPR Jun 2011 lalu.


Di petik dari Dailymail: Amiloidosis ( keadaan dimana badan menghasilkan protein buruk) Lewis semakin parah, dan doktor takut dia akan segera meninggal jika tidak mendapatkan pertolongan yang tepat. Bahkan doktor mengatakan ia hanya mempunyai 12 jam untuk hidup.
Jadi, dengan izin isteri Lewis iaitu Linda, Dr Cohn dan Dr Frazier kemudian memasang alat ini pada Mac 2011.

Peranti tersebut bekerja dengan membekalkan aliran darah secara berterusan melalui tubuh, dengan menggunakan baling – baling.

“Saya mendengar bunyi dengungan yang menakjubkan . Dia tidak punya denyut jantung. ” tutur isterinya yang kehairanan.
Read More

Melayu Murtad Jadi Paderi Kini Kembali Kepada Islam





Melayu Murtad Jadi Paderi Kini Kembali Kepada Islam | Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya di lahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal…..

….saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14,Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang) .

Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia.Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi Pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia. Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru.Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia, Singapura dan orang Filipina. Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar $60.00

Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan. Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit $1 ,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.

Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan Membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat. Jumlah Kristian seram! ai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Para hendak mengenali mereka Lelaki – Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher Hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari $60.00). Perempuan – Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur – Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang
Plaza.

Cara-cara berdakwah:

Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenisair hitam (holy water).

Setelah diberi minum-1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja $12.6 juta, sumberdari Sabah, Serawak,Filipina dan Singapura. Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail Orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru – akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian.

Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk. Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek – lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar) 1982. Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib.

Punca terjebak dalam Kristian:

1) Desakan hidup

2) Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling ! banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.

Target Kristian:

Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada

1) Polis Bukit Aman

2) Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri
Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai paderi dikenakan 4 syarat:

Tidak boleh hisap rokok
Tidak boleh minum arak
Tidak boleh makan benda-benda berdarah
Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua paderi Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu, Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.
Read More

About Me

About Us

Advertisment

Designed By Seo Blogger Templates