Thursday 16 January 2014

Gempar! Lelaki Jerit Ada Bom Dalam Pesawat (Video)


Gempar! Lelaki Jerit Ada Bom Dalam Pesawat (Video) | Suatu ketika dahulu,  kapal terbang boleh dikatakan hanya dinaiki oleh golongan pertengahan dek kerana harganya yang sangat mahal. Namun pada ketika ini, semua orang mampu menaikinya untuk menuju ke mana-mana destinasi. Di sini KisahBest.My ingin berkongsi sebuah video tentang perangai seorang lelaki yang membuat bising dalam sebuah kapal terbangyang sedang menuju ke destinasi. Gangguan tersebut telah menyebabkan lelaki berkenaan ditahan. Tidak cukup itu lagi, dirinya juga membuat huru-hara dengan menjerit mengatakan terdapat sebuah bom dalampesawat. Anda boleh tonton video di atas ini.
fly
SEORANG lelaki terpaksa dibawa turun secara paksa daripada sebuah pesawat selepas dia menjerit beberapa kali, terdapat bom dalam pesawat berkenaan ketika penerbangan.
Lelaki itu di dalam video di atas menjerit sedemikian dalam pesawat untuk penerbangan yang berlepas dari Fort Lauderdale, Florida ke Atlanta Jumaat lepas.
Penumpang lain tidak menjadi panik kerana teriakan lelaki itu sebaliknya terganggu dengan lelaki itu yang tidak mahu diam.
Video yang dimuatnaik di dalam Youtube menunjukkan lelaki berkenaan sedang bercakap dengan pihak polis dalam pesawat Spirit Airlines penerbangan 404.
Sebaik pihak polis meminta lelaki itu keluar dari pesawat, dia mula menjerit ada bom di dalam pesawat itu.
“Ada bom dalam pesawat ini, jika polis ini membawa saya keluar, saya akan letupkan pesawat ini,” pekik lelaki itu.
Menurut laporan media tempatan, lelaki itu sentiasa mengganggu penumpang lain sepanjang penerbangan sejam setengah itu, termasuk membaling barangan kepada penumpang lain di samping mengeluarkan kata-kata kesat.
Selepas berjaya dikeluarkan dari pesawat lelaki itu dibawa ke Hospital Grady Memorial untuk penilaian perubatan, menurut kenyataan Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield Jackson.
Menurut pihak berkuasa, tiada bom ditemui seperti didakwa lelaki berkenaan dan dia boleh didakwa atas perbuatannya menakutkan penumpang lain.


About Me

About Us

Advertisment

Designed By Seo Blogger Templates