Thursday 16 January 2014

Amalan Baik Ketika Bangun Tidur


Manusia sebagai hamba akan tersedar dari tidur jika diberikan peluang olehNya. Ini antara amalan yang baik untuk diamalkan ketika kita bangun dari tidur.


Gambar hiasan - jangan lupa tutup mulut kalau menguap.


Apabila Rasulullah s.a.w. bangun dari tidur, baginda duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangan. (HR Muslim)

Apabila Rasulullah s.a.w. bangun dari tidur, baginda akan membaca...(ayat di bawah). (HR Bukhari)


Apabila Rasulullah s.a.w. bangun dari tidur, baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak. (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila kamu bangun dari tidur, janganlah memasukkan tangan ke dalam bekas air sebelum mencucinya tiga kali." (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila kamu bangun dari tidur, beristintsaarlah (memasukkan air ke dalam hidung) tiga kali kerana syaitan bermalam di rongga hidung." (HR Bukhari dan Muslim)


About Me

About Us

Advertisment

Designed By Seo Blogger Templates