Thursday 16 January 2014

Bertudung dan menutup badan tetapi tidak mengikut syariat

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat kisah dari seorang sahabat. Ceritanya berlaku kepada sekumpulan jemaah tabligh masturat yang sedang transit di sebuah lapangan terbang antarabangsa di sebuah negara dalam perjalan menuju kesuatu tempat. Kepada yang tak tahu erti jemaah masturat itu maksudnya jemaah suami isteri. Oleh kerana aku tak berapa nak ingat cerita secara tepat jadi aku kisahkan secara ringkas sahaja.

Seorang wanita Inggeris telah menghampiri jemaah masturat lalu bertanya kepada salah seorang jemaah lelaki, mengapa sangat kejam memaksa jemaah wanita menutup muka melindungi kecantikan wajah dan tubuh seorang perempuan. Jemaah lelaki menerima kritikan dengan senyum sambil melihat jemaah wanita yang memakai purdah.
Gadis Bertudung mengikut syariat
Dengan sopan jemaah lelaki bertanya kepada wanita Inggeris bolehkah menunjukkan dimana pasport beliau. Terpinga-pinga wanita Inggeris tersebut apabila menerima soalan balas yang tidak menjawab soalan beliau. Wanita Inggeris tersebut telah membuka beg tangannya lalu mengeluar sebuah beg yang di dalamnya ada lagi sebuah beg yang tersimpan pasport. Wanita Inggeris tersebut mengeluarkan pasport dan menunjukkan kepada jemaah lelaki tersebut.
Jemaah lelaki tersebut berkata anda telah menyimpan barang berharga di tempat yang sukar untuk dilihat oleh orang supaya pasport tersebut terpilihara dari dicuri orang. Katanya lagi isteri kami lebih bernilai dan berharga dari nilai pasport tersebut kerana itu kami menyimpan kecantikan isteri kami dengan purdah dan jubah yang tidak menampakkan muka dan bentuk badan mereka. Kecantikan mereka hanya untuk tatapan kami sahaja.
Kisah ini menerpa diminda apabila terbaca sebuah blog yang ada maksud tersirat seperti dalam kisah di atas ..


About Me

About Us

Advertisment

Designed By Seo Blogger Templates